Di Sebalik Tabir

لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.
[al-Anbiyaa:87]


Assalamualaikum.

Asalnya laman ini dibina menggunakan React Router V7. Tetapi kemudiannya kami beralih menggunakan Sveltekit bermula dari versi 0.3.0.

Pada mulanya kami menggunakan Edge Storage dan CDN oleh bunny.net untuk hosting. Tetapi kami telah beralih ke Cloudflare bermula dari versi 0.2.0.

Data waktu solat pula diambil dari jadual solat bulanan yang disediakan oleh laman e-solat JAKIM.

Pada setiap tengah malam tahun baru masihi, kami akan ambil data waktu solat untuk bulan Januari hingga Disember dari e-solat JAKIM dan simpan di server kami.

Klik link untuk baca Changelog.